Download video Youtube!

oleh sorensen pada 05 Jun 2007 dalam

Korang peminat video streaming? Kalau ya, mesti korang penah guna atau sekurang-kurangnya try cari video kat youtube.com, betul tak? Kalau ya, mesti korang pernah rasa betapa hampehnya sebab tak dapat download video yang ada dekat website tu kan? Hehe, walaupun benda ni dah lama.. mesti ramai di kalangan korang yang tak tau sebenarnya video tu boleh di download dan disimpan ngeh3.. hari ni aku akan ajar korang caranya ok!
Ok, 1st korang search dulu video yang korang nak dekat youtube tu mcm biasa. Lepas tu bila dah jumpa, buka linknya dan korang akan jumpa page video (sebelah kiri videonya, dan sebelah kanan url utk main video tersebut). Ok, apa yg korang perlu lakukan adalah, copy link utk mainkan video tu (contohnya: http://www.youtube.com/watch?v=5YTY4-CcIoc). Rujuk gambar kat bawah ni.


Bila korang dah dapat link dia, korang buka satu lagi browser dan pergi ke http://www.keepvid.com/. Kenapa? Ok, dekat sini lah tempatnya dimana korang boleh retrieve direktori video yang korang nak tu, sebab link yang diberi kat youtube tu cuma dapat digunakan utk main (stream) video tapi bukan untuk mendownloadnya. Ok, seterusnya korang paste link tadi dan klik butang 'Download' di sebelah kanannya. Tunggu beberapa saat, dan link utk download video tu akan keluar kat bawah. Sila rujuk gambar.


Ok, korang boleh klik terus link tu utk download video. Tapi aku cadangkan korang gunakan sebarang download client utk memudahkan dan mempercepatkan proses download tu. Contohnya Download Accelerator.
Tapi, video tu tadi tak boleh terus dibuka menggunakan player yang dah sedia ada dalam komputer korang (Windows Media Player dsb) sebab format extension video streaming youtube adalah .flv, dan player yg ada tak boleh baca file extension tu. Jadi utk playback video tu, korang kena download
FLV Player dulu. Lepas tu, sekiranya korang rasa nak convert video tu kpd format lain yg windows support, korang boleh download Realplay Converter. Korang rujuk sendiri page tu kalau nak tau cara menggunakannya, ok.
Oh ya, lepas korang berjaya download video yg korang nak, jgn lupa tambah sendiri extension .flv dekat belakang nama fail video tu, sebab by default tak ada extension tu yg diletakkan secara otomatik, ok. Lagi satu, kaedah ni tak boleh digunapakai utk sebarang video yang dah di set sebagai private. Memang tak boleh download punya, nak buat cmne.. mrasa la korang ngeh3!

Ok.. selamat mendownload dengan jayanya!


* keepvid.com ni boleh download dpd banyak site lain gak, bukan cuma youtube.com je. Korang klik kat dropdown yang ada kat sebelah butang download tu, kat situ ada senarai site yg dia support.


2 komen seterusnya...

2 komen

  • amni

    try download VLC media player. tapi saya takde link lah pulak. VLC boleh main kan semua jenis video. flv, avi, mpg, mp4 dll.