Selamat Datang Ke UPM!

oleh sorensen pada 10 Julai 2007 dalam

Fuh, banyak citer yg aku nak bagitau ni.. tapi xdapat bagitau skarang la.. payah ckit sbb masa ni tgh guna cyberlab kolej kediaman aku, kolej pendeta za'ba.. (ulang lagi skali, cyberlab kolej tau.. mrasa la kolej kediaman ada cyberlab sendiri gituh..) bila aku dh dpt register wireless nnt aku akan start taip citer2 aku kat sini k.. banyak sgt2! kehidupan kat sini mmg meriah tahap cipan! giler.. tak tau nak cakap apa!
tapi buat masa ni, korang layan la dulu lagu universiti kebanggaan kitorang ni yer.. zass!

PUTRA GEMILANG

Universiti Putra Malaysia
Gedung ilmu menara budi,
Di sinilah berhimpun warga siswa,
Menjunjung amanat BERILMU BERBAKTI

Teguh setia mengisi harapan
Insan bertaqwa penunjang peribadi
Berpadu tenaga mencapai kejayaan
Sehati sejiwa berhemah tinggi

Universiti Putra Malaysia
Pembina wawasan gemilang
Universiti Putra Malaysia
Pembentuk siswa cemerlang

Semarak namamu di sinar zaman
Semerbak namamu di suara sanjungan
Penyumbang bakti ke anak bangsa
Pewaris sejati negara tercinta

Di damai desa di permai kota
Tersemat citramu semegah kenangan
Di darjat bangsa di daulat negara
Tersurat jasamu menjana kemajuan

Lirik: Dharmawijaya
Lagu: Dato' Ahmad Nawab


Comments seterusnya...