Wireless PIXXA Digital Photo Frame

oleh sorensen pada 23 Disember 2007 dalam

Fungsi dan versatiliti bingkai gambar digital berkembang lagi. Memperkenalkan Wireless PIXXA Digital Photo Frame keluaran Ality. Ia memanfaatkan teknologi Wi-Fi, permesejan segera (instant messaging), sedutan berita automatik (automatic news flash) dan laporan kajicuaca. Di samping itu, fungsi akaun pelbagai pengguna (multiple user account) membenarkan setiap ahli keluarga untuk menyusun sendiri perpustakaan multimedia dan mengatur antaramuka bingkai gambar digital ini secara berasingan.

Wireless PIXXA Digital Photo Frame

Bingkai gambar LCD digital nipis ini membolehkan gambar dihantar terus melalui web, sama ada terus daripada komputer peribadi, atau daripada bingkai PIXXA ke bingkai PIXXA melalui aplikasi permesejan segera yang menyokong fungsi berkenaan. Fungsi Live Calendar membolehkan pengguna menyusun jadual dengan kalendar online tanpa menggunakan komputer, dan gambar juga boleh diselitkan untuk menanda satu2 acara/peristiwa.

Fungsi Live News™ membolehkan pengguna mendapatkan maklumat seperti sedutan berita, laporan sukan, kajicuaca dan trafik, hiburan, horoskop serta bursa saham melalui bingkai gambar ini. Ality juga menyediakan perkhidmatan perkongsian gambar (photo sharing services) yang memberikan ruang storan imej sebesar 50mb dan berkebolehan mengubahsuai saiz gambar mengikut konfigurasi bingkai gambar. Ia membolehkan pengguna menghantar kad ucapan dan jemputan secara digital melaluinya.

Ality akan mempersembahkan Wireless PIXXA Digital Photo Frame pada 2008 International Consumer Electronics Show bulan hadapan. Diramalkan akan berada di pasaran pada suku pertama tahun 2008, produk ini dijangka akan dijual pada harga sekitar USD299 (+/-RM1000.60).

Dipetik dan diterjemah daripada Gizmag.com


Comments seterusnya...