Renault Mégane Coupé Concept - Dragonfly Wing Doors

oleh sorensen pada 05 Mac 2008 dalam

Pelbagai jenis pintu kereta telah diperkenalkan sejak ia tercipta lebih seabad lalu, dengan rekabentuk berbeza-beza seperti 'gullwing','scissor','suicide' dan 'butterfly'. Setiap satu rekabentuk ini telah berjaya menempa sejarah kejayaan yang tersendiri. Terkini, Renault telah memperkenalkan pintu kereta berkonsep Mégane Coupé dalam pameran kereta di Geneva baru-baru ini. Pintu kereta ini berbentuk kembar, terbahagi kepada dua bahagian dan berbentuk seperti sayap pepatung (dragonfly wing doors). Rekabentuk yang menarik ini akan menjadi asas kepada model-model kereta Renault yang akan datang.
Kereta sport ini memiliki fungsi berteknologi tinggi, seperti operasi penghidup enjin dan pengunci pintu melalui telefon bimbit, pengawal iklim empat zon, pemain multimedia berskrin sesentuh dan sistem 'stop & start'.

Rekabentuk dalaman kereta ini juga sangat futuristik, agresif dan bergaya. Ia mempunyai empat tempat duduk berasingan (bersturuktur 'Fire Red lacquer' berserta kemasan tempat duduk kulit berwarna hitam). Kereta model baru ini bukan sahaja menyasarkan kepada pemanduan yang selesa, tetapi juga untuk menampilkan personaliti pemandunya. Konsep Mégane Coupé diperkenalkan dengan harapan untuk merealisasikan visi Renault, yang mahukan kereta sport coupé yang boleh membawa karakter dan dinamisme. Dua sifat ringkas tersebut akan terlihat ketika pintu kereta yang menakjubkan ini dibuka dan ditutup.

Dipetik dan diubahsuai daripada Gizmag.com


Comments seterusnya...