Pegawai JAWI yang SAMSENG!

oleh sorensen pada 01 Jun 2008 dalam ,

Di manakah letaknya maruah institusi keagamaan di negara ini? Kes terbaru yang aku baca telah melibatkan sepasang suami isteri yang dituduh berkhalwat di rumah sendiri, sedangkan mereka sudah berkahwin selama empat tahun dan mempunyai 2 orang anak!!! Berita ini dipetik daripada Harian Metro Online:

‘Kami dah 4 tahun kahwin’

Oleh Amir Abd Hamid
amir@hmetro.com.my

KUALA LUMPUR: “Saya dan suami geram serta amat kesal dituduh berkhalwat, padahal kami sudah berkahwin empat tahun lalu, malah mempunyai dua anak,” kata Haryanti Othman, 24, yang marah dengan tindakan penguat kuasa Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) memecahkan pintu rumahnya kononnya ada orang berkhalwat di situ, kelmarin.

Malah, katanya apa yang menyakitkan hati ialah anggota penguat kuasa Jawi bertindak melulu dengan memecah dan menceroboh rumahnya di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Cochrane Perkasa, di sini, ketika dia dan suami, Yasser Md Nor, 29, tiada di rumah kerana keluar bekerja.

Dalam kejadian jam 11 pagi itu, lima anggota Jawi bertindak memotong gril besi rumah pasangan terbabit sebelum bertindak menendang pintu sehingga rosak.

“Saya kecewa kerana tindakan mereka (Jawi) memalukan kami sekeluarga di mata jiran. Nasib baik ketika kejadian dua anak kami yang berusia enam bulan dan tiga tahun berada di rumah pengasuh. Jika tidak, mungkin mereka akan mengalami trauma,” katanya ketika ditemui di sini, semalam. Ditanya apakah tindakan yang akan dilakukan selanjutnya, Haryanti berkata dia mungkin berbincang dengan suaminya untuk memfail saman malu di mahkamah. Yasser berkata, dia dihubungi seorang jiran kira-kira jam 12 tengah hari kelmarin, yang memberitahu pintu rumahnya dipecahkan sepasukan peguat kuasa Jawi yang kononnya menerima laporan ada orang berkhalwat dalam kediaman itu.

Yasser yang bekerja sebagai tukang masak terkejut dan terpinga-pinga mendengar berita itu kerana dia dan Haryanti sudah menikah sejak 2004 malah mempunyai dua anak comel iaitu Harith, 3, dan Yasmin Thaqitah, yang berusia enam bulan.


Jiran memberitahu sepasukan anggota penguat kuasa Jawi, seorang perempuan dan empat lelaki mengetuk pintu rumah saya dengan kuat. Melihat perlakuan itu, jiran mengatakan saya dan isteri tiada di rumah kerana keluar bekerja. Jiran itu memberitahu anggota penguat kuasa Jawi berkenaan pasangan di rumah yang mereka ketuk itu dah lama kahwin, mustahil disyaki berkhalwat tetapi tidak diendahkan,” katanya.


Yasser berkata, jirannya melihat kakitangan Jawi itu tidak puas hati apabila tiada jawapan diterima lalu menendang gril dengan kuat hingga patah, memotong mangga dan memecahkan pintu rumahnya.

Komen aku:

Kes-kes seperti inilah yang memalukan institusi keagamaan negara secara khusus, dan agama Islam sendiri secara amnya. Sudahlah memecah masuk rumah orang tanpa izin, selepas tu memfitnah orang tanpa bukti kukuh pula!! Selepas itu, enggan pula meminta maaf walaupun tahu mereka membuat kesilapan, dan malang sekali yang membuat kesalahan seperti itu adalah pegawai JAWI???

Hai, pegawai JAWI yang terlibat tu memang dilatih untuk membuat kerja seperti itukah? Rumah orang diterjah kerana perkara yang bukan-bukan, tapi kenapa PELACUR dalam Malaysia ni masih melambak dan bersepah-sepah di sana sini? Hehe, dah dibayar agaknya... kalau macam itulah pegawai JAWI buat kerja, baik mansuhkan je jabatan tu.. takde faedah langsung. Ada pegawai pun tidak bermaruah dan makan gaji buta, baru jadi pegawai JAWI dah perasan diri tu utusan Allah nak menghakimi perbuatan manusia lain!!



Comments seterusnya...