Kena block? Tak kisah!

oleh sorensen pada 20 September 2008 dalam


Nak buka satu2 website tapi tak boleh sebab server dah block? Nak download lagu dpd rapidshare tapi tak dpt sebab ip dikongsi bersama user lain? Ataupun nak mengetahui sesuatu kebenaran tapi mata anda diBUTAkan daripada mengetahuinya?

Kawalan. Sekatan. Halangan. Apapun juga namanya, ia memang tak menyenangkan. Ia membuatkan anda terasa tidak bebas, diperlakukan seperti anak kecil, dan tidak mustahil terasa seperti DIPERBODOHKAN! Tapi syukurlah, ada segelintir insan pakar yg prihatin terhadap nilai kebebasan individu. Hasilnya sekarang, tiada masalah lagi! Memperkenalkan UltraSurf
, aplikasi mini yang mampu membuka kekunci virtual yg membelenggu hidup anda!

Penggunaan aplikasi ini cukup mudah. Tidak perlu instalasi, hanya muaturun aplikasi tunggal dari http://ultrareach.net/ dan run aplikasi berkenaan. Ia berfungsi menyamarkan proxy asal di sebalik proxy lain agar segala alamat ip/web yg telah disekat oleh sesuatu server terhadap client dibawahnya akan dapat dibuka. Pada asalnya, software ini direka khas untuk pengguna internet di China, yg mana sememangnya dikenali dgn masalah sekatan dalam talian yg terlampau ketat. Ianya selamat digunakan; menyembunyikan alamat ip yg asal dan lokasi anda, dan membersihkan ruangan cache dan cookies setelah digunakan. Aplikasi ini berfungsi dgn baik untuk pengguna Internet Explorer. Walau bagaimanapun, pengguna Mozilla Firefox juga boleh menggunakannya dgn syarat setting pada ip ditukarkan pada local ip (127.0.0.1).


Tunggu apa lagi.. bebaskan diri anda. Dapatkan UltraSurf SEKARANG!


Comments seterusnya...