Kemeja polo KALIS PELURU

oleh sorensen pada 15 Oktober 2008 dalam

Mungkin baju kalis peluru biasa tidak sesuai digunakan dalam semua jenis keadaan. Namun demikian, keselamatan menjadi keutamaan walau di mana sahaja anda berada. Seorang pereka fesyen dari Columbia, Miguel Caballero telah mencipta kemeja polo kalis peluru. Ia diperbuat dpd fabrik kalis peluru ultra-ringan dan menampilkan ciri seperti 'ballistic panels' mudah alih. Ciri ini mampu menangkis tembakan dpd pistol 9mm. Caballero telah mendapat penganugerahan 'Armani of armor' dan telah berjaya menarik perhatian golongan berprofil tinggi seperti Prince Felipe dari Sepanyol, Presiden Alvaro Uribe dari Colombia dan Presiden Hugo Chávez dari Venezuela. Kemeja polo ini adalah sebahagian daripada koleksi Black Label Caballero, yang mana turut menampilkan baju tuksedo kalis peluru.

Produk rekaan Caballero ini telah pun dipasarkan di Amerika Selatan, namun kini juga boleh didapati di gedung membeli belah Harrods London pada harga USD12,000 (+/- MYR41,934).


Dipetik dan diubahsuai daripada Gizmag.com



Comments seterusnya...