Lawatan ke Media Prima, Sri Pentas

oleh sorensen pada 27 Februari 2009 dalam

Shall we? :P

Hehe.. meletop tak tajuk entry kali ni? Kira agak meletop jugak la kan. Mana taknya, bukan senang tau nak arrange lawatan ke stesen tv ni. Sebenarnya lawatan ni diadakan utk subjek minor aku, KOM3305 Media, Teknologi dan Masyarakat. Pawi la yg jadi pengarah program, dan kelas ktorg dah arrange mende ni dari awal sem lagi. Tak sangka berjaya jugak akhirnya.

Semalam ktorg sume bertolak dlm pukul 2 ptg dari FBMK dgn bas UPM. Ada 22 orang student dan seorg lecturer pengiring. Perjalanan dari UPM ke Sri Pentas di Bandar Utama tu mengambil masa sejam lebih gak la. Sampai mengantuk mata aku.

Setibanya kat tempat ni, ktorg dibagi sticker pelawat sorg satu utk ditampal pd baju. Tp aku tampal kat cover kad matrik je, syg nak buangkan.

Pstu barulah ktorg dibenarkan masuk.. tapi sesi lawatan belum bermula lagi sbb ktorg sampai dlm pukul 2 lebih, dan tour cuma akan bermula pd pukul 3 ptg.

Ktorang dibawak masuk ke hampir semua studio yg ada di Sri Pentas. Yg menariknya lepas masuk je pintu depan di ground floor tu, teka apa yg ktorang nampak dulu?

Konti radio HotFM!

Hehe.. Cat Farish tgh bertemubual dgn DJ Tini

Studio pertama yg ktorg masuk adalah studio A. Studio ni adalah tempat untuk tiga shooting rancangan, iaitu Whoop! MHI dan juga WHI.

Tengokla props yg bersepah2 tu!

Dan equipment2 yg digunakan!

Memang uols.. pemandangan sebenar di dalam studio2 di stesen2 TV sebenarnya taklah seindah dan seluas yg kte nampak kat dlm TV tu. Tour guide ktorg tu ada mengatakan bahawa bila masuk kat TV, suasana yg kita lihat adalah 40% lebih besar berbanding dgn keadaan yg sebenar. Ditambah dgn camera trick lagi, itulah yg menyebab semuanya nampak bertambah meletop. Yelah, equipment yg diorg pakai pun harga juta2 kan jadi tak hairanlah kalau semua ni boleh berlaku.

Kemudian ktorg dibawak ke sebuah lagi studio. Tak ingatla studio yg mana satu, tapi studio ni adalah tempat utk penggambaran 5 program iaitu Nasi Lemak Kopi O, Halaqah, Gedik Santai, Berita TV9 dan Scoreboard.

Props Gedik Santai

Props Halaqah dan Nasi Lemak Kopi O

Hehe.. lepas tu ktorg dibawak ke bilik berita plak. Yg ni mmg best, sbb prop2 nya memang fixed dan cantik. Dan studio utk siaran berita live mcm Berita Terkini dan Buletin Utama tidak dikongsi utk program2 yg lain.

Studio Berita Terkini

Ktorg tengok sendiri kat depan mata mcm mana flow2 sebelum pembaca berita on-air. Dlm 10 minit sebelumnya, dia akan diberikan skrip dan practice utk baca dulu. Pd masa yg sama jurumekap akan betulkan apa2 yg patut dan cameraman akan bersiap sedia utk menguji camera dan lighting. Utk media prima, diorg sediakan 2 org polis bantuan utk menjaga studio berita utk tujuan keselamatan. Ini kerana dikhuatiri ada perkara yg tak diingini, cthnya tetiba ada org interfere kat depan kamera ms tgh on-air dan bagi maklumat yg tak betul ke. Sbb itu adalah siaran live dan ianya sgt cepat tersebar.

Studio Buletin Utama

Lepas tu barulah ktorg dibawak ke studio Buletin Utama. Studio ni adalah yg paling sejuk antara semua studio2 yg ada, sbb diorg kne jaga keselamatan equipment2 yg ada di dalam studio tu sbb semuanya agak cepat panas. Isk.. aku pun xtau mcm mana agaknya pembaca2 berita boleh bertahan dlm keadaan yg sejuk tu pd pukul 8 malam. Lama plak kat dlm tu.. agak2 kne practice dulu la duduk kat dlm peti sejuk ye? Isk3..

Dalam pukul 4 lebih tu ktorg pun bersiap2 utk bertolak pulang. Keluarnya ktorg dr studio tu bermakna berakhirlah sesi lawatan ktorg ke Media Prima, Sri Pentas. Bagi aku kenangan ni sgt2 memorable sbb aku mmg dah lama teringin nak tengok sendiri keadaan kat stesen TV mcm mana. Ditambah lagi dgn staf2 Media Prima yg sgt sporting dan mesra dgn kami. Diorg layan je ktorg wpun ktorg ramai dan permintaan ktorg utk amik gambar skali diorg tak hampakan. Antara muka2 familiar yg ktorang ada terserempak antaranya Michelle (wartawan Melodi), Zainal Ariffin Ismail (Misteri Nusantara), Karam Singh Walia dan bbrp org lagi. Wpun xdpt salam dgn DJ Tini tapi dia tetap melambai mesra dari dalam konti :)

Itu je utk entry kali ni, next time kalau ada kesempatan pegi ASTRO plak aku bukak entry baru ok.. hihih, Insya Allah...



3 komen seterusnya...

3 komen