Diskaun tiket flight???

oleh sorensen pada 28 Oktober 2009 dalam

Waahhhh... murahhhhhhanjenggg!!!!!!

Hai.. budak2 MPPUPM ni tak pernah naik flight langsung ker??? (matila bukak2 entry terus charot!!!).

Hahah. Aku pun terperasan gak kebelakangan entry aku asik keje menchaaroottt aje. Nak buat cmne, dah mmg banyak bende2 keji berlaku menjelang hujung2 sem kali ni kan. So, bertahanlah.. kalau korang sayangkan aku. Wakakaka!!!

Baiklah. Kali ni nak citer sket pasal "diskaun" tiket flight yg diumumkan oleh dak2 MPPUPM bermula dpd semalam. Sejak dr petang kelmarin, aku ternampak beberapa wall post di group facebook MPPUPM dan group UPM sendiri pasal benda ni. Katanyer, pihak MPP serta UPM Holdings tengah berusaha utk mendapatkan diskaun utk harga tiket flight pulang ke kampung dan juga utk kembali ke UPM semula menjelang semester baru nanti. Sesapa yg tak bli lagi tiket buat masa ni, dimintak utk bagi semua butir2 peribadi dan flight yg ingin ditempah tersebut kpd pihak MPP sebelum MALAM INI.

Aku pun mula rasa pelik. Banyak benda2 pelik yg terlintas dalam fikiran aku skrg.

Perkara pelik No. 1

Sejauh mana officialnya tawaran diskaun tiket tersebut, sedangkan ia hanya dibuat di dlm facebook sahaja oleh MPPUPM yg terlibat? Mcm mana dgn budak2 yg takde facebook, mcm mana diorang nak tau pasal benda ni?

Perkara pelik no. 2

Kenapa baru skrg dak2 MPP nak ambil tindakan buat benda2 ni semua? Sedangkan kebanyakan bdk2 terutamanya student2 Borneo mcm aku, biasanya dah pun menempah tiket paling kurang 2 bulan sebelum flight. Kurang peka kah bdk2 MPPUPM, sampai bbrp hari lagi final exam nak tamat baru tergocoh2 nak announce benda ni. Tak cukup dgn tu, tempoh masa diberi utk bagi nama cuma SEHARI sahaja. Dangkalkah korang?

Perkara pelik no. 3

Pengumuman yg dibuat tu takde langsung menyatakan ttg brp peratus diskaun yg boleh diberi berbanding harga sedia ada. Halo, kalau dah harga tiket bertarikh 27 disember sehingga awal januari tahun dpn (mostly mmg rm200-300 ke atas), sekadar nak bagi diskaun 20% baik tak payah. Bdk2 yg dah bgtau nak tempah tiket diskaun tu, takkan nak tarik balik tempahan walau diorang tak setuju dgn harga yg diberikan sekalipun, nak tak nak kne beli jugak.. betul tak?

Berapa lama aku tunggu AirAsia buat promotion bbrp minggu lepas, sbb tiket utk balik semula ke UPM tersangatlah mahalnya nak mampos. Tapi bila diorg buat sale, tiket2 yg sepatutnya dibeli oleh golongan student tak berganjak sikit pun harganya. Aku malas nak komen pasal AirAsia, sbb diorg ni bab2 menipu psl sale dan harga tiket mmg boleh diberi gelar
an ratu ANJING dah. Tapi, apa tindakan pihak MPPUPM masa tu? Kenapa tak buat benda ni awal2, secara official supaya semua student boleh memanfaatkannya? Nak taknak kebanyakan student 'seberang' mcm aku ni kena la jugak terima hakikat, utk membeli tiket flight yg harganya 5 kali ganda dpd tiket2 bas puduraya yg biasa dibeli oleh budak2 MPPUPM tu!!!!!

Aku kat sini dah final year, ok. Benda2 mengarut mcm ni, kalau nak dikumpul2 dan aku ingatkan balik.. mmg aku sakit hati. Spend duit beribu2 setiap tahun hanya utk tiket flight seumpama dah jadi asam garam utk kami ye. Dah lali dah. Dah lupa pun dgn kewujudan MPPUPM yg lembab tu, dah lupa pun rupa2nya diorg boleh menggalas tanggungjawab meringankan BEBAN KEWANGAN STUDENT!! Tapi tengoklah, baru sekarang nak buat something, sedangkan dah brp lama benda mcm ni berlarutan? Ke sebenarnya korg buat semua ni sbb ada kepentingan tertentu? Udang di sebalik mee ker?

Persoalannya kembali lagi kpd pokok. Budak2 MPPUPM tak pernah naik flight ke, yg diorang nak samakan beli tiket AIRASIA mcm tiket bas TRANSNASIONAL dan DURIAN BURUNG???



2 komen seterusnya...

2 komen