Akhirnya, 3G...

oleh sorensen pada 24 Disember 2009 dalam ,

Celcom 3G? How exciting :-|

Sudah menjadi buah mulut di kalangan penduduk tempat aku, bila perkhidmatan Celcom 3G sudahpun dimulakan di Saratok sejak semalam. Pada yang masih ingat, dalam pertengahan tahun ni aku pernah buka satu entry bertajuk Alahai 3G yang mana ada menerangkan secara agak terperinci tentang masalah perkhidmatan broadband di hometown aku.

Benarlah kenyataan satu artikel yang aku pernah baca dari sebuah blog, mengatakan Celcom 3G akan diperluaskan ke kawasan2 bandar kecil di Sarawak menjelang akhir tahun 2009. Well, walaupun tak seperti yang aku harapkan (untuk melihat Maxis broadband yang diperluaskan ke sini, bukannya Celcom) tapi at least separuh daripada 'kemelaratan' penduduk di tempat aku ni sudah pun selesai. Semalam ada member inform, bahawa 3G service yang baru diperluaskan ni bukan sekadar 3G biasa, tapi berkelajuan HSDPA. Yang tu memang membuatkan aku terkejut sket la, sbb aku expect kalau ada 3G pun kat sini mesti Celcom akan pasang yang cikai2 je.. maklum la.. "rural area" kata diorang. But member aku tu kata, dia dah try speed memang ok. Tak sure la sbb service mmg tiptop, ataupun sbb tak ramai yg guna lagi. Dan yang paling menakutkan aku, itu mungkin salah satu 'umpan' kepada pelanggan2 baru yang belum tau selok belok kehanjingan local mobile operator untuk mendapatkan pelanggan baru. So far takmo komen yg tu dlu, wait and see lah.

So sekarang ni, aku nak tengok apa pula tindakan Maxis. Maklumbalas yg aku terima dpd Maxis berhubung aduan aku kpd SKMM dulu agak tak memuaskan jawapannya. Yang aku tau, even kawasan bandar mcm sibu pun belum ada Maxis 3G lagi, so apa sangatlah masa depan yang diharapkan utk pekan kecil macam saratok ni. Isu sebenar yang selalu timbul adalah pilihan, macam yang aku katakan dulu. Apabila kekurangan pilihan, maka faham2lah sendiri kalau ada sebuah telco yang didokong kerajaan akan memonopoli perkhidmatan tersebut di sini. Persaingan yang teruk, sememangnya menghasilkan kualiti perkhidmatan yang teruk juga. Mangsanya? __________ (kau isi sendirik).

Apa pula tindakan aku? Hehe. Macam dah terbau2 je henfon baru ni. Asal tahun baru je, mesti penyakit meroyan nak henfon baru pun datang gak. Tengok la balik kl nnt, nak tengok apa plak jenis henfon yang HSDPA enabled paling affordable utk dimiliki. Seperti biasa, aku memang akan improve gadget2 yang aku ada mengikut perkembangan facilities yang sedia ada. Jangan amalkan sifat show-off dalam diri, kerana membazir itu amalan syaitan.. ok!



Comments seterusnya...