Perajurit Cinta

oleh sorensen pada 25 Mac 2010 dalam

Perajurit Cinta

Merenung bulan gerhana
Butir mutiara hangat itu jatuh lagi
Untuk kesekian kali
Ingin kutebarkan saja kedua sayap
Andai ada takdir untukku terbang
Mencari benih emas yang hilang dari hati
Kiranya ia tiada pengganti.

Datanglah teman tempat berlindung
Pancarkan halilintar menerangkan
Lepaskan panah api menghangatkan
Titiskan sinar air menyegarkan
Rantaikan bibit hati menenangkan
Asal aku tahu
Kalian selalu dekat dalam jiwaku.

Alun rambutmu
Umpama gelora ombak melemaskan nafasku berlari
Tapak tanganmu
Biar menggoncang gempita bumi tempatku berdiri
Tiada sedikitpun mencalar mencemar satu jasad
Jeritan maut memekik bergema
Tiada pernah akan memekak menuli dua telinga
Kerana dinding waja ini telah kukuh
Berdiri senyap, teguh dan utuh
Untuk sekian lama.

Jika benih bintang hatiku itu mahumu
Maka ambillah ia
Mungkin singgahsana kaca itulah tempat untukku
Bersemayam bersama hati yang beku
Biarkan aku seorang diri
Terus menunggu cahaya kembali
Menemani lagi diri yang sepi.

Walau berbaju kelasi cuma
Ketahuilah semua laskar yang ada
Bahawasanya akulah Perajurit Cinta
Yang terulung tiada tolok bandingnya
Seantero alam maya
Seluruh pelusuk cakerawala.

MGB, 250310.


Comments seterusnya...