10 keretapi terlaju di dunia

oleh sorensen pada 26 Julai 2010 dalam ,

April tahun ini, KTMB telah melancarkan perkhidmatan keretapi laju untuk perjalanan ulang alik dari Ipoh ke Kuala Lumpur. Menggunakan Electric-Train-Set (ETS) berkelajuan maksimum 140km/j, tidak dapat dinafikan ia satu perkembangan yang agak sihat untuk sistem pengangkutan awam di negara kita.

Tapi tahukah anda bahawa di negara maju, sistem keretapi laju seperti ini sudah lama diwujudkan? Malah keretapi-keretapi ini adalah beberapa kali ganda lebih laju daripada ETS tersebut. Mari kita lihat, senarai 10 keretapi paling laju di dunia.


1. CRH2 (China)

CRH2 adalah versi rekaan Shinkansen siri E 2-1000 yang telah diubahsuai, dan antara model keretapi paling laju di China. Ia juga merupakan model keretapi Shinkansen kedua yang dieksport selain siri 700T.



2. THSR (Taiwan)

Rangkaian Keretapi Laju Taiwan (Taiwan High Speed Rail) bergerak sekitar 335.5km/j di sepanjang pantai barat Taiwan. Ia bergerak dari Taipei City ke Kaoshiung dan telah mula beroperasi sejak 5 Januari 2007.



3. KTX (Korea)

Sistem keretapi laju Korea Selatan, Korea Train eXpress (KTX) dikendalikan oleh Korail. Ia berkelajuan 350km/j dan teknologinya diambil daripada sistem TGV Jerman. Kelajuannya boleh dihadkan kepada 300km/j untuk tujuan keselamatan. Keretapi ini pernah mencecah kelajuan 352.4km/j pada 16 Disember 2004.


4. Shinkanzen (Jepun)

Keretapi sangat pantas yang menghubungkan Honshu dan bandar-bandar besar lain di Jepun. Ia juga menghubungkan Fukuoka di pulau Kyushu dengan Tokyo. Dikenali sebagai shinkansen, keretapi jenis bullet ini dikendalikan oleh Japan Railways.




5. AVE (Sepanyol)

AVE adalah singkatan kepada Alta Velocidad EspaƱola yang bermaksud kelajuan tinggi. AVE adalah keretapi berkelajuan sehingga 300km/j yang menghubungkan semua bandar-bandar utama di seluruh Sepanyol.




6. Eurostar (United Kingdom)

Perkhidmatan keretapi laju Eurostar menghubungkan London dan Kent di United Kingdom, dengan Brussels di Belgium dan Paris dan Lille di Perancis. Keretapi bermusim ke Perancis juga disediakan perkhidmatannya terhad untuk ke Disneyland Resort Paris.


7. TGV (Perancis)

Perkhidmatan TGV telah dibangunkan oleh operator perkhidmatan keretapi kebangsaan Perancis, SNCF dan GEC-Alsthom (kini Alstom). Rangkaian keretapi TGV menghubungkan Paris dan bandar-bandar utama di Perancis dan juga di negara-negara berhampiran.

8. MLX01 (Jepun)

Ini adalah versi lama Shinkansen maglev dan ia bergerak pada kelajuan 515km/j. Ini adalah keretapi paling laju di Jepun pada era 1990an.




HTML clipboard9. TR-07 (Jerman)

TR-07 adalah keretapi maglev Jerman yang bergerak dari Hamburg, pernah mencecah kelajuan 435km/j pada 1989. Rekaan enjinnya memberikan tahap kebisingan jauh lebih rendah. Transrapid adalah monorel di Jerman yang pada masa kini antara keretapi paling laju di dunia, bergerak dengan levitasi magnetik. Pada peringkat percubaannya, keretapi ini mampu mencecah kelajuan sehingga 450km/j. Versi terbaru malah mampu mencecah kelajuan sehingga 500km/j.

10. MLU001 (Jepun)

MLU001 adalah keretapi maglev Jepun yang bergerak pada kelajuan 400.4km/j pada tahun 1987. Ia adalah penanda aras kepada sistem keretapi laju yang lain pada tahun 1990an hingga era 2000.



Dipetik, diterjemah dan diubahsuai daripada Top10List.



Comments seterusnya...