Siri animasi baru Sailor Moon bakal ditayangkan 2013!

oleh sorensen pada 10 Julai 2012 dalam


Pada tahun 1992, siri anime Pretty Guardian Sailor Moon telah diperkenalkan buat pertama kalinya dan ditayangkan sehingga tahun 1997 di Jepun. Aku sendiri adalah salah seorang peminat setia siri ini selama hampir 13 tahun sejak ia mula ditayangkan di Malaysia pada tahun 1999, dan masih lagi menyimpan koleksi DVD lima siri utama (Sailor Moon, Sailormoon R, Sailor Moon S, Sailor Moon SuperS dan Sailor Moon Sailor Stars) termasuk koleksi tiga buah filemnya yang pernah diterbitkan pada tahun 1996.

Seperti tidak mampu lagi menunggu kehadiran tahun 2013. Bagai bermimpi rasanya apabila setelah berbelas-belas tahun sejak siri terakhirnya tamat tayangan di kaca TV, akhirnya pencipta siri yang pernah menjadi fenomena global tersebut iaitu Naoko Takeuchi telah mengumumkan bahawa sempena ulangtahun penciptaannya yang ke-20, Sailor Moon akan kembali dengan siri anime baru di Jepun menjelang musim panas tahun hadapan!

Walaupun belum diketahui secara tepat tarikh mula tayangnya, Takeuchi dan Kodanshi Comic mengesahkan kerja-kerja penerbitan siri baru Sailor Moon telahpun bermula.

Berita ini sudah pastinya menjadi khabar gembira buat jutaan peminat Sailor Moon dari seluruh dunia yang pernah membesar dengan mengikuti sirinya di televisyen, mahupun yang telah lama mengharapkan agar ia kembali dengan sambungan bernafas baru. Hanya Moonies memahami betapa bermaknanya siri ini buat kami. Usagi Tsukino pernah mengajar kami erti cinta abadi, dan kerana cinta kami para peminatnya yang tidak pernah padam... akhirnya ia kembali.



Comments seterusnya...