Kisah Omar: Mengenang lima tahun pemergiannya

oleh sorensen pada 21 Julai 2017 dalam , ,

17/9/2012. Aku tahu tarikh itu, dan aku tak akan lupa sampai bila-bila.

Tapi entah kenapa kebelakangan ini ingatan aku terhadap arwah Omar menjadi kuat kembali. Mungkin kerana ini bulan Syawal, iaitu bulan perginya Omar lima tahun yang lalu. Dan bulan Mac lepas pula kami dikejutkan dengan pemergian Satimi (Tim), rakan seangkatan di Unimas.

Maafkan aku Tim. Tiada entri khas belasungkawa buat kau. Pemergian setiap sahabat itu sakit, ya. Dan mungkin pemergian kalian yang berturut-turut menyebabkan rasa sakit itu menjadi kebal di hati aku. Tapi, kepergian Omar yang sangat memberi kesan menyebabkan air mata aku sudah kering dan perasaan aku sudah tepu daripada dirundung walang.

Atau sekurang-kurangnya, itulah watak yang sedang aku bawa sekarang. Watak seorang manusia yang kuat menempuh segalanya.

Inilah realitinya, Omar. Ilmu lakonan yang pernah kau "curahkan" dulu, aku aplikasikan setiap hari, sepanjang masa. Dalam kehidupan sebenar. Ya Allah! Palsunya terasa diri ini sekarang. Satu-satunya tempat aku akan menjadi diri sendiri hanyalah di dalam bilik, atau di tempat kerja apabila sedang berseorangan. Di depan saudara mara, aku menjadi talkative dan suka bercerita. Di depan pelanggan, aku menjadi seorang yang peduli tentang masalah orang. Dan di depan rakan sekerja? Aku menjadi seorang yang sangat mesra dan lurus bendul. Sedangkan dalam hati hanya Tuhan yang tahu betapa aku menahan rasa dan tangan daripada hinggap ke mukanya kerana dia sangat hipokrit dan bermuka dua!

Permainan dengan watak-watak inilah yang menyebabkan aku diterima, disukai dan mudah dihampiri. Watak-watak inilah semakin lama semakin sebati dengan diri aku sekarang, lima tahun selepas pemergian kau. Aku masih struggle mencari pengganti kau sebagai tempat bersandar serta meluahkan sisi yang satu itu dengan penuh nyata dan jujur. Aku sudah berusaha, tapi pencarian aku tak pernah berjaya.

Akhirnya? Di usia 33 tahun aku masih meraba dalam kegelapan mencari identiti aku sendiri yang telah lama dilupakan sejak kita saling mengenali. Aku masih dibayangi kau, Omar. Setiap hari. Sepanjang masa. Aku semakin tenggelam dan leka dalam ilmu penyelaman karakter yang pernah kau berikan. Untuk disenangi, aku harus menjadi orang lain. Ya, disenangi itu bagus tapi adakah ini sesuatu yang wajar untuk diteruskan?

Julat umur pertengahan usia semakin menghampiri, dan aku tidak bersedia menghadapi krisis yang akan tiba. Di usia 33 tahun, aku dapat merasakan tekanan untuk melangkah ke alam kehidupan yang seterusnya semakin kuat. Menyebutnya juga aku tak sanggup, inikan pula hendak melakukan. Aku buntu, Omar. Di usia 33 tahun, adakah aku sudah kelewatan? Masih adakah ruang waktu untuk aku mencari diri sendiri semula? Dan yang paling penting, adakah sesiapa yang akan memahami dan menerima diri aku yang sebenar seadanya?

Jiwa aku semakin letih mengharungi hari-hari yang berlalu. Aku semakin penat mencari pengakhiran yang tak kunjung tiba. Aku rindu kau, Omar. Aku tak ada tempat mengadu. Bila agaknya kita akan berjumpa semula?


Comments seterusnya...

Alyah - Menunggu Bayangmu (OST Lara Cinta Ameena)

oleh sorensen pada 03 Januari 2017 dalam


Minggu ini adalah minggu akhir tayangan drama Lara Cinta Ameena di TV3. Aku pun baru juga catchup drama ni bermula minggu lepas masa tengah habiskan cuti tahunan, maklumlah tak tau nak buat apa. Apa yang menarik perhatian aku adalah salah satu OST dalam drama ini, yang mana merupakan single terbaru daripada Alyah bertajuk Menunggu Bayangmu. Pada masa post ni ditulis, dikatakan lagu ni masih lagi belum release secara rasmi dan muzik video officialnya juga sedang dalam pembikinan, sebab tu ianya belum pernah kedengaran lagi di mana-mana stesen radio. Apapun, aku memang dah attached dengan lagu ni sebagaimana dengan lagu Kisah Hati pada tahun 2011. Good job Alyah, enjoy!

UPDATE: Alyah melalui Facebook Live pada 21/1/17 telah mengesahkan lagu Menunggu Bayangmu digubah eksklusif untuk Tanah Beris Production bagi soundtrack Lara Cinta Ameena sahaja. Ini adalah hint bahawa tiada videoclip official yang akan diterbitkan untuk lagu tersebut seperti yang dinyatakan sebelum ini. Harap maklum.


video

Alyah - Menunggu Bayangmu

Ku pejamkan mataku
Merasakan hadirmu
Setiap lara jiwaku
Hanya engkau ku tunggu

Cinta yang pernah hadir
Di hatiku
Masih suci tak berlalu
Ku sedari kasih hanya untukmu

Jalan ini berliku
Hingga lelah nafasku
Degup jantungku rasa
Hilang pudar di mata

Cintaku bayangkan syurgamu
Saat hati rapuh
Rindu hadirlah kau kasihku
Temanilah aku

Aku mencintaimu
Seumurku
Kerna itu yang ku mahu
Tulus hati aku
Masih menunggu

Aku mencintaimu
Seumurku
Kerna itu yang ku mahu
Tulus hati aku
Masih menunggu

Hanya dirimu
Dirimu...


Comments seterusnya...